Mahkamah Majistret Kuching menetapkan 29 Julai depan untuk sebutan semula kes pasangan suami isteri yang didakwa membunuh kanak-kanak empat tahun, Eric Chang Wei Jiw pada Mac lepas.<br /><br />Majistret Zubaidah Sharkawi berkata, tarikh baharu itu bertujuan menunggu laporan forensik yang masih belum selesai.
